Halaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Terima kasih kerana mengunjungi blog ni. Aku bina blog ini adalah untuk berkongsi pahit manis membina rumah dan sedikit panduan/tips/petua/idea atau apa2 saja yang memudahkan proses membina sebuah rumah.

Insya-Allah, aku akan cuba sebaik mungkin berkongsi apa2 saja yang baik disini. Rakan semua boleh juga kongsi2kan apa-apa yang patut disini k......

Trimas :)

Selamat Datang....

Sebelum membuat keputusan untuk membina rumah, seseorang itu perlu membuat persedian secukupnya, samada dari segi tempat, kontraktor anda, ilmu tentang pembinaan, dan yang paling penting adalah keewangan.


Secara umumnya, persedian tersebut merangkumi tiga tahap, iaitu;

1. persediaan sebelum pembinaan

2. persediaan semasa pembinaan

3. persediaan selepas pembinaan


Semua fasa-fasa tersebut adalah penting untuk bakal pemilik membuat persediaan. perancangan yang teliti akan mengelakkan kita dari mengalami risiko

1. menyesal kerana silap pilih

  • kontraktor,
  • tempat,
  • bahan pembinaan,
  • kedudukan bilik yang tidak sesuai,
  • dan banyak lagi....
2. kerugian kerana
  • kontraktor lari (memang banyak kes)
  • silap pilih bahan (terpaksa buat beberapa kali atau robohkan) - kos meningkat
  • lebihan barang mentah (ini hanya untuk yang mengurus sendiri)
Jadi, sama-samalah kita beringat sebelum terkena....!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS